
Terma dan Syarat
PENGGUNAAN WEB
Sila baca Terma dan Syarat ini dengan berhati-hati. Ini adalah Terma dan Syarat am berkenaan akses dan penggunaan laman web dan laman WAP CELCOM (secara kolektifnya "Laman"). Sekiranya anda tidak bersetuju dengannya, anda tidak perlu meneruskan melayari Laman atau dengan pendaftaran. Dengan meneruskan menggunakan Laman dan/atau perkhidmatan yang dipaparkan di Laman, anda bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat ini.
DEFINISI
"Maklumat Akses" bermaksud maklumat yang kami perlukan daripada anda sebelum memasuki sebahagian daripada Laman di mana anda perlu mendaftar, iaitu nama pengguna, kata laluan, nombor mudah alih anda atau lain-lain peralatan sama yang diiktiraf;
"Kandungan" bermaksud semua data, maklumat, bahan dan kandungan, termasuk tapi tidak terhad kepada teks, gambar, gambar foto, perisian, video, muzik, bunyian dan grafik;
"Kefungsian" bermaksud perkhidmatan yang ditawarkan di atau melalui Laman, yang termasuk (tapi tidak terhad kepada) chat, perbincangan berkumpulan atau perkhidmatan papan bulletin atau emel, SMS atau perkhidmatan pesanan suara, transaksi online, engin pencarian dan pemudah cara e-dagang;
"Perkhidmatan" ada maksud yang diberikan kepadanya di Klausa 2.1;
"Terma dan Syarat" bermaksud kontrak di antara CELCOM dan anda bergabung di dalam terma dan syarat ini;
"Tanda Niaga" bermaksud perkataan atau tanda-tanda yang dimiliki oleh CELCOM atau Kumpulan Syarikat "CELCOM", Xpax, Pascabayar Celcom, Celcom 3G, Channel X, Football Mad Nation, termasuk perlambangan yang diolah, semua logo dan simbol bersekutu, dan kombinasi yang sebut di atas dengan perkataan atau tanda lain;
"CELCOM" bermaksud CELCOM (Malaysia) BERHAD, di mana pejabat berdaftar terletak di dan boleh juga dirujuk sebagai "kami" atau "kita" di dalam Terma dan Syarat ini; Tingkat 15, Menara Celcom, Kuala Lumpur lain-lain entiti yang dimiliki oleh Kumpulan CELCOM (secara langsung atau tidak langsung) dengan lebih daripada 15% perkongsian modal yang dikeluarkan;
"Rangkaian CELCOM" bermaksud sistem telekomunikasi (termasuk talian tetap, radio selular, laman internet dan WAP) yang dijalankan oleh CELCOM atau mana-mana syarikat di dalam Kumpulan CELCOM;
"Anda" bermaksud pelanggan yang membaca Terma dan Syarat ini (dan "anda" akan ditafsirkan sewajarnya).
| 1. | Perhatian pelanggan | ||
| 1.1. | Sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkenaan produk-produk dan perkhidmatan CELCOM, anda boleh menghubungi Celcom Careline di 1300 111 000 atau 1111 (hanya boleh diakses dari 013, 019 atau 0148). Panggilan akan dicaj pada kadar standard daripada mana-mana telefon lain. | ||
| 2. | Penggunaan kandungan | ||
| 2.1. | Perkhidmatan yang kami sediakan kepada anda melalui Laman mengandungi Kandungan dan Kefungsian yang terdapat di Laman atau tidak akibat daripada penggunaan Laman ini ("Perkhidmatan"). | ||
| 2.2. | Anda sedia maklum dan bersetuju bahawa anda dibenarkan untuk menggunakan Laman dan Perkhidmatan seperti yang dijelaskan di dalam Terma dan Syarat ini atau di Laman yang lain. | ||
| 2.3. | Anda bersetuju bahawa Laman dan Perkhidmatan ini adalah untuk penggunaan peribadi anda hanya menggunakan sebuah komputer atau peralatan. | ||
| 2.4. | Anda tidak boleh | ||
| • | Menyalin, mendedah, mengubah, format semula, memapar, mengedar, lesen, memindah, menjual, mempersembah, menerbit atau tidak mengadakan mana-mana daripada Perkhidmatan atau maklumat yang dipelajari oleh anda semasa menggunakan Perkhidmatan atau mengakses ke Laman | ||
| • | Membuang, menukar atau mengaburi dalam apa jua cara di Laman dan/atau Perkhidmatan atau tidak menggunakan sebarang bahan yang didapati semasa menggunakan Laman dan/atau Perkhidmatan kecuali seperti yang ditetapkan di dalam Terma dan Syarat ini | ||
| • | Kejuruteraan berbalik atau penyusunan semula (sama ada secara menyeluruh atau sebahagian) mana-mana perisian yang digunakan di dalam Laman dan/atau Perkhidmatan (kecuali sehingga ke tahap yang diperjelaskan dengan keizinan oleh undang-undang yang dikenakan) | ||
| • | Menyalin atau menggunakan bahan daripada Laman dan/atau Perkhidmatan untuk mana-mana tujuan komersial, membuang, mengaburi atau menukar mana-mana hak cipta, tanda niaga atau lain-lain pemberitahuan hak harta intelektual yang terkandung di dalam bahan asli atau daripada mana-mana bahan yang disalin atau dicetak daripada Laman atau didapati akibat daripada Perkhidmatan. | ||
| 2.5. | Sebarang penggunaan caching, pemecut http seperti atau teknologi sama diizinkan, walau bagaimanapun, anda bertanggungjawab untuk memastikan menyemak laman web versi terkini di muka surat web atau kandungan. | ||
| 2.6. | Anda boleh membuat satu pautan atau "deep link" ke Laman daripada laman web anda, sekiranya anda mendapat keizinan bertulis daripada CELCOM terlebih dahulu dan dengan budi bicara mutlak CELCOM, konteks tersebut adalah relevan dan pautan atau keterangan tidak menjejaskan CELCOM. | ||
| 2.7. | Pengguna yang tidak melanggan dengan Rangkaian CELCOM sedia maklum bahawa akses ke Laman dan/atau Perkhidmatan mungkin akan dilarang menurut budi bicara mutlak CELCOM di dalam kepentingan langganan penuh pelanggan Rangkaian CELCOM. | ||
| 3. | Tanggungjawab anda | ||
| 3.1. | Waran anda bahawa anda hanya akan menggunakan Laman dan Perkhidmatan selaras dengan Terma dan Syarat dan di dalam cara yang sesuai dan sah dan dengan contoh dan bukan sebagai had, bahawa anda mungkin tidak akan (dan tidak akan memberikan kuasa atau mengizinkan mana-mana pihak untuk): | ||
| 3.1.1 | menerima, mengakses atau memindahkan sebarang kandungan yang berbentuk picisan, pornografik, ugutan, perkauman, ancaman, serangan, fitnah, pecah amanh, melanggar mana-mana hak harta intelektual (termauk hak cipta) atau tidak menyenangkan atau tidak sah; | ||
| 3.1.2. | memintasi keaslian pengguna atau keselamatan mana-mana hos, rangkaian atau akaun (dirujuk sebagai "cracking" atau "hacking") tidak menggangu dengan perkhidmatan kepada mana-mana pengguna, hos atau rangkaian (dirujuk sebagai "penafian serangan perkhidmatan") atau menyalin mana-mana muka surat atau daftar kata laluan yang sama dengan enjin pencarian untuk mengelirukan pengguna lain supaya mereka memikirkan bahawa mereka sedang membaca muka surat web CELCOM yang sah (dirujuk sebagai "page jacking") atau menggunakan Laman atau Perkhidmatan untuk mana-mana lain-lain tindakan yang tidak sah atau tidak menyenangkan. Pengguna yang mencabuli keselamatan sistem atau rangkaian boleh menanggung liabiliti jenayah atau sivil dan CELCOM di atas budi bicara mutlaknya akan bekerjasama sepenuhnya dengan penyiasatan pencabulan jenayah orang yang disyaki, pencabulan keselamatan sistem atau rangkaian dibawah pimpinan penguatkuasa undang-undang atau pihak berkuasa yang relevan; | ||
| 3.1.3. | menggunakan laman dan/atau Perkhidmatan untuk mengiklankan atau menawarkan untuk menjual sebarang barangan atau perkhidmatan untuk tujuan komersial tanpa keizinan bertulis daripada CELCOM; | ||
| 3.1.4. | dengan niat atau kecuaian memindahkan mana-mana Kandungan elektronik (termasuk virus) melalui Laman dan/atau Perkhidmatan yang akan menyebabkan atau mungkin akan menyebabkan penjejasan atau kerosakan, dalam mana-mana tahap, kepada sistem komputer yang dimiliki oleh CELCOM atau pengguna Internet yang lain; | ||
| 3.1.5. | hack ke dalam, membuat permintaan trafik berlebihan, menghantar atau atau menghantar semula surat berantai, apa jua "junk mail" atau "spam", kajian, peraduan, skim piramid atau terlibat di dalam mana-mana tingkah laku yang dirancang untuk menghalang pengguna lain daripada menggunakan dan menikmati Laman dan/atau Perkhidmatan atau mana-mana laman web yang lain, atau yang mana mungkin merosakkan atau memusnahkan reputasi CELCOM atau reputasi mana-mana pihak ketiga. | ||
| 3.2. | Anda sedia maklum bahawa perkhidmatan chat, perbincangan berkumpulan atau papan buletin dan perkhidmatan sama yang ditawarkan oleh CELCOM ("Perkhidmatan Komunikasi Awam") adalah komunikasi awam dan komunikasi anda boleh didapati kepada yang lain dan seterusnya anda harus berwaspada apabila mendedahkan maklumat peribadi atau sensitif atau mana-mana maklumat yang berkaitan dengan anda. CELCOM tidak bertanggungjawab untuk, dan tidak mengawal atau menaja apa jua Kandungan mana-mana Perkhidmatan Komunikasi Awam. | ||
| 3.3. | Sekiranya mana-mana maklumat yang anda berikan tidak benar, tidak tepat, tidak terkini dan lengkap, CELCOM berhak untuk melupuskan akaun anda dan menolak mana-mana dan semua penggunaan terkini atau masa hadapan Perkhidmatan atau akses ke Laman. | ||
| 4. | Maklumat akses | ||
| 4.1. | Pendaftaran berikutnya anda dibekalkan dengan Maklumat Akses yang boleh digunakan untuk mengakses ke Laman dan/atau Perkhidmatan dan mana-mana muka surat di mana pendaftaran diperlukan. CELCOM berhak untuk mengubah Maklumat Akses anda pada bila-bila masa di atas budi bicara mutlak dan akan memaklumkan kepada anda berkenaan perubahan ini secepat yang boleh untuk dilaksanakan. | ||
| 4.2. | Akaun anda boleh digunakan untuk seorang pengguna sahaja dan anda tidak akan membenarkan akses serentak menggunakan Maklumat Akses yang sama. Anda sedia maklum bahawa anda bertanggungjawab untuk memastikan tiada akses tidak sah ke Laman atau Perkhidmatan yang diperolehi menggunakan Maklumat Akses anda dan anda bertanggungjawab untuk aktiviti-aktiviti tersebut dibuat melalu akaun anda sama ada sah atau tidak. Apabila memilih Maklumat Akses, anda mestilah tidak menggunakan perkataan yang lucah, kesat, atau mungkin menyebabkan perasaan tersinggung. | ||
| 4.3. | Anda sebagai pengguna akaun berdaftar akan: | ||
| 4.3.1. | menyimpan Maklumat Akses anda dengan selamat dan tidak membiarkannya menjadi pengetahuan umum dan memastikan bahawa Maklumat Akses anda tidak akan disimpan di mana-mana jua di komputer atau di telefon mudah anda secara teks; | ||
| 4.3.2. | menyediakan maklumat yang benar, tepat, terkini dan lengkap di dalam semua lapangan yang dinyatakan sebagai wajib semasa mendaftar dengan Laman dan/atau Perkhidmatan dan memaklumkan kepada kami dengan serta-merta berkenaan mana-mana perubahan atau kesalahan; | ||
| 4.3.3. | sekiranya Maklumat Akses anda telah diketahui oleh mana-mana pengguna yang tidak sah, anda mestilah menghubungi CELCOM dengan segera. | ||
| 4.4. | Apabila anda telah ‘signed-in’ ke mana-mana kawasan yang selamat di laman web, di mana anda diperlukan untuk memberikan Maklumat Akses anda, anda mestilah pada bila-bila masa tidak meninggalkan terminal Internet atau peranti yang anda telah mengakses ke Laman dan Perkhidmatan atau membiarkan sesiapa jua menggunakan terminal Internat atau peranti sehingga anda log keluar daripada kawasan selamat Laman dan Perkhidmatan. Anda akan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa anda telah log keluar daripada kawasan selamat pada penghujung mana-mana sesi. | ||
| 4.5. | Anda mestilah tidak mengakses ke Laman atau Perkhidmatan daripada mana-mana komputer yang disambungkan dengan rangkaian kawasan tempatan (LAN) atau mana-mana peranti akses Internet awam tanpa terlebih dahulu memastikan tiada sesiapapun yang boleh melihat atau menyalin akses anda atau mendapat akses ke Laman dan Perkhidmatan yang menyamar seperti anda. | ||
| 4.6. | Anda bersetuju untuk menyemak bil anda dengan berhati-hati dan maklumkan kepada kami dengan segera jika terdapat mana-mana percanggahan. | ||
| 5. | Maklumat anda | ||
| Penggunaan CELCOM untuk maklumat peribadi anda ditadbir oleh Penyata Polisi Privasi Kumpulan CELCOM, yang membentuk sebahagian daripada Terma dan Syarat ini. | |||
| 6. | Hak tuan empunya | ||
| 6.1. | Semua Tanda Niaga yang digunakan di Laman dan/atau Perkhidmatan adalah tanda niaga CELCOM atau satu daripada syarikat Kumpulan CELCOM. Anda hanya boleh menggunakan Tanda Niaga dan tidak akan menggunakan Tanda Niaga, sama ada reka bentuk atau tanda perkataan: (1) sebagai atau sebahagian daripada tanda niaga anda sendiri; (2) di dalam cara yang mungkin menimbulkan kekeliruan; (3) untuk mengenal pasti produk-produk yang mana tidak berkaitan; (4) untuk melibatkan penajaan atau produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang mana tidak berkaitan; atau (5) dalam apa jua cara yang atau mungkin menjejaskan reputasi CELCOM atau Tanda Niaga. | ||
| 6.2. | Anda sedia maklum dan bersetuju bahawa Perkhidmatan dan Laman atau mana-mana bahagian, sama ada dipersembahkan kepad anda oleh CELCOM, pengiklan atau mana-mana pihak ketiga dilindungi oleh hak dan undang-undang hak cipta, tanda niaga, tanda perkhidmatan, paten, atau lain-lain tuan empunya. Semua hak terpelihara dengan jelas. | ||
| 6.3. | Anda hanya dibenarkan untuk menggunakan Laman dan Perkhidmatan seperti yang ditetapkan di dalam Terma dan Syarat ini dan tiada apa di laman dan/atau Perkhidmatan akan ditafsirkan sebagai rundingan mana-mana lesen atau lain-lain hak pemindahan kepada anda untuk mana-mana harta intelektual atau lain-lain hak tuan empunya CELCOM, mana-mana ahli Kumpulan CELCOM atau mana-mana pihak ketiga, sama ada oleh estopel, implikasi atau sebaliknya. | ||
| 7. | Kos | ||
| 7.1. | CELCOM berhak untuk mengenakan bayaran untuk akses ke sebahagian atau keseluruhan Laman di masa hadapan, tertakluk kepada memberikan anda pemberitahuan yang jelas apabila memasuki mana-mana bahagian yang mana caj akan dikenakan. Sesetengah Perkhidmatan mungkin akan dikenakan caj seperti yang dinyatakan di Laman dan di dalam mana-mana terma dan syarat yang disertakan. | ||
| 7.2. | Anda akan perlu untuk menyediakan segala peralatan yang diperlukan untuk mengakses ke Laman dan Perkhidmatan di Internet dan bertanggungjawab untuk pembayaran caj panggilan telefon tempatan atau mana-mana lain-lain caj akses Internet yang anda tertakluk. Sekiranya peralatan anda tidak menyokong teknologi relevan termasuk tapi tidak terhad kepada penyulitan anda mungkin tidak boleh menggunakan sesetengah Perkhidmatan atau akses sesetengah maklumat di Laman. | ||
| 8. | Liabiliti untuk kandungan | ||
| 8.1. | Ia adalah tanggungjawab anda sepenuhnya untuk memuaskan diri anda sendiri sebelum menggunakan Laman dan Perkhidmatan dalam apa jua cara yang bersesuaian untuk tujuan anda dan terkini. Perkhidmatan ini terutamanya, harga akan dikemas kini secara bertempoh dan anda mesti menyemak Laman dan Perkhidmatan dengan kerap untuk memastikan bahawa anda mempunyai maklumat terkini. Anda juga mestilah menyegar semula penyemak anda setiap kali anda mengunjungi Laman dan Perkhidmatan untuk memastikan bahawa anda telah memuat turun versi Laman dan Perkhidmatan yang paling terkini. | ||
| 8.2. | Laman dan Perkhidmatan disediakan berdasarkan "sebagai mana ada". Walaupun setiap usaha telah dibuat untuk menyediakan maklumat yang tepat di muka surat ini, CELCOM atau mana-mana kakitangannya, atau mana-mana ahli Kumpulan CELCOM, pembekal mereka, atau mana-mana kakitangannya, membuat apa-apa jaminan, dinyatakan atau dikenakan, atau menganggap mana-mana liabiliti perundangan (sehingga ke tahap yang dibenarkan oleh undang-undang) atau bertanggungjawab untuk kesesuaian, kebolehkepercayaan, tempoh waktu, ketepatan atau kelengkapan Perkhidmatan atau mana-mana bahagian yang terkandung di dalam Laman dan di dalam Perkhidmatan. | ||
| 8.3. | Anda sedia maklum bahawa CELCOM tidak mampu untuk mengawal bahagian keselatan atau perkara di dalam Kandungan yang direntasi ke Rangkaian CELCOM, Laman atau melalui Perkhidmatan dan CELCOM dengan ini tidak termasuk semua liabiliti daripada mana-mana pemindahan atau penerimaan daripada mencabuli Kandungan untuk apa jua alas an. | ||
| 9. | Liabiliti untuk kandungan pihak ketiga | ||
| 9.1. | Laman mengandungi pautan ke laman-laman web, muka surat web, produk-produk dan perkhidmatan yang juga dijalankan oleh CELCOM atau Kumpulan CELCOM dan anda bersetuju bahawa anda menggunakan setiap laman web, muka surat web dan perkhidmatan yang juga tertakluk kepada terma dan syarat, sekiranya mana-mana, terkandung di dalamnya setiap laman web, muka surat web dan perkhidmatan atau yang dilampirkan kepada mana-mana produk atau perkhidmatan. Terma dan Syarat ini akan dianggap diperbadankan dengan setiap set terma dan syarat. Sekiranya berlaku sebarang konflik, terma dan syarat yang terkandung di dalam laman web yang relevan atau muka surat web atau disertakan dengan produk atau perkhidmatan yang relevan akan mengatasi Terma dan Syarat ini. | ||
| 9.2. | CELCOM tidak akan bertanggungjawab untuk dan tidak menaja kecuali dinyatakan, kandungan yang dibuat atau diterbitkan oleh pihak ketiga yang termasuk di dalam Laman dan Perkhidmatan atau yang mana yang terpaut ke dan daripada Laman. | ||
| 9.3. | Laman dan/atau Perkhidmatan mungkin akan digunakan oleh anda untuk dipautkan ke lain-lain laman web, sumber-sumber dan/atau rangkaian. CELCOM tidak akan bertanggungjawab untuk Kandungan, perkhidmatan atau sebaliknya sehubungan dengan hal ini dan anda bersetuju untuk akur kepada penerimaan penggunaan polisi seperti laman web, sumber dan/atau rangkaian. | ||
| 9.4. | Tertakluk kepada Klausa 13, anda bersetuju bahawa CELCOM tidak akan dan tidak diperlukan untuk mengawasi atau menambah penggunaan anda atau yang lain untuk menggunakan Laman dan Perkhidmatan atau isi Kandungan dan CELCOM tidak termasuk daripada semua liabiliti untuk mana-mana yang timbul daripada penggunaan Laman ini, dan terutamanya tetapi tanpa had yang disebut di atas, isi mana-mana Kandungan. Walaupun telah disebut di atas, CELCOM berhak untuk menambah, menahan atau membuang mana-mana Perkhidmatan dan/atau Kandungan, pada bila-bila masa kerana CELCOM di atas budi bicara mutlaknya mempercayai bahawa ianya perlu untuk mencegah mana-mana pencabulan Terma dan Syarat ini atau mencabuli mana-mana undang-undang dan peraturan yang diguna pakai. | ||
| 10. | Liabiliti yang tidak termasuk | ||
| 10.1. | Tiada apa di dalam Terma dan Syarat ini yang akan menghadkan liabiliti CELCOM untuk kematian atau kemalangan peribadi akibat daripada kecuaian CELCOM, penipuan atau mana-mana lain-lain liability, yang mungkin dihadkan atau tidak dimasukkan oleh undang-undang yang diguna pakai. | ||
| 10.2. | CELCOM akan berusaha untuk memastikan penyelengaraan dan ketersediaan daripada Laman dan Perkhidmatan tetapi ketersediaan mungkin akan terjejas oleh peralatan anda, lain-lain rangkaian komunikasi, ramai orang yang mencuba untuk menggunakan Rangkaian CELCOM atau Internet pada masa yang sama atau lain-lain sebab daripada gangguan dan mungkin akan gagal atau memerlukan penyelengaraan tanpa pemberitahuan. | ||
| 10.3. | CELCOM atau mana-mana ahli Kumpulan CELCOM akan bertanggungjawab untuk mana-mana kerosakan atau mana-mana kerosakan yang istimewa, tidak langsung atau penting, sama ada secara tindakan atau kontrak, kecuaian atau tindakan berliku, berbangkit daripada atau sehubungan dengan prestasi daripada penggunaan Perkhidmatan yang didapati di Laman dan terutamanya, tetapi tanpa had kepada yang disebutkan di atas, CELCOM secara spesifiknya tidak termasuk semua liabiliti dengan hal ini daripada mana-mana kerugian akibat daripada: | ||
| 10.3.1. | penggunaan yang anda buat di Laman dan Perkhidmatan atau pergantungan Perkhidmatan atau mana-mana kerugian daripada mana-mana Perkhidmatan atau Kandungan anda akibat daripada kelewatan, tidak disampaikan, penghantaran tidak sampai, atau gangguan perkhidmatan; dan | ||
| 10.3.2. | kerosakan yang akan wujud atau untuk mana-mana kos, kerugian keuntungan, kehilangan Kandungan anda atau kerugian penting berbangkit daripada penggunaan anda daripada, atau ketidakmampuan untuk menggunakan atau mengakses atau kegagalan, penggantungan atau pengeluaran semua atau sebahagian daripada Laman dan Perkhidmatan pada bila-bila masa. | ||
| 10.4. | Semua syarat dan jaminan yang akan dikenakan atau diperbadankan ke dalam Terma dan Syarat ini oleh undang-undang atau sebaliknya dengan ini tidak termasuk sehingga ke tahap yang diizinkan oleh undang-undang. | ||
| 10.5. | Remedi anda di bawah Terma dan Syarat ini adalah untuk tidak meneruskan menggunakan Laman dan Perkhidmatan. | ||
| 10.6. | CELCOM berusaha sepenuhnya untuk memastikan keselamatan komunikasi anda. Anda walau bagaimanapun dinasihatkan bahawa untuk pelbagai alas an diluar kawalan kami, terdapat risiko komunikasi anda mungkin dipintas atau diakses secara tidak sah oleh mereka yang bukan penerima sebenarnya. Contohnya, komunikasi anda mungkin melepasi rangkaian pihak ketiga yang mana kami tidak mempunyai kawalan. Internet adalah bukan keadaan yang selamat. Program-program yang tidak dikehendaki atau bahan mungkin dimuat turun tanpa pengetahuan anda, yang mungkin memberikan individu-individu yang tidak sah mengakses ke telefon mudah alih anda dan maklumat yang disimpan di dalam telefon mudah alih anda. Program ini mungkin melakukan tindakan yang anda tidak berhak ke atasnya, berkemungkinan tanpa pengetahuan anda. | ||
| 11. | Variasi | ||
| 11.1. | CELCOM berhak untuk mengubah Laman dan/atau Perkhidmatan atau menggantung atau melupuskan Laman dan/atau Perkhidmatan atau akses ke sebahagian atau keseluruhannya pada bila-bila masa. | ||
| 11.2. | CELCOM berhak untuk meminda semula Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa. Variasi tersebut akan dilaksanan dalam masa dua minggu selepas dipos di laman web. Dengan meneruskan untuk menggunakan laman web ini anda dianggap telah menerima variasi Terma dan Syarat. | ||
| 12. | Perlindungan | ||
| 12.1. | Anda dengan ini bersetuju untuk perlindungan sepenuhnya dan mengawal CELCOM daripada bahaya dan terhadap mana-mana tuntutan yang dibawakan oleh pihak ketiga disebabkan daripada penggunaan Laman dan Perkhidmatan atau provisi Kandungan kepada CELCOM oleh anda dan di dalam hal ini segala kerugian, kos, tindakan, prosiding, tuntutan, kerosakan, perbelanjaan (termasuk kos dan perbelanjaan perundangan), atau liabiliti, apa jua penjejasan atau ditanggung secara langsung atau tidak langsung oleh CELCOM disebabkan oleh penggunaan Laman dan Perkhidmatan atau provisi Kandungan atau pencabulan atau bukan-pemerhatian daripada mana-mana Terma dan Syarat ini. | ||
| 12.2. | Anda mesti mempertahankan dan membayar semua kos, kerosakan, anugerah, yuran (termasuk yuran perundangan) dan pengadilan yang diberikan terhadap CELCOM berbangkit daripada tuntutan di atas dan mesti memberikan CELCOM pemberitahuan untuk tuntutan tersebut, kuasa penuh untuk mempertahankan, bekerjasama atau menyelesaikan tuntutan tersebut dan bantuan yang diperlukan untuk mempertahankan tuntutan tersebut dengan perbelanjaan anda sendiri. | ||
| 13. | Mengawasi/merakam komunikasi | ||
| Mengawasi atau merakam panggilan, emel, pesanan teks atau lain-lain komunikasi anda mungkin sejajar dengan undang-undang, dan terutamanya untuk tujuan perniagaan CELCOM, seperti kawalan kualiti dan latihan, untuk mencegah penggunaan tidak sah sistem telekomunikasi CELCOM dan untuk memastikan operasi sistem yang efektif dan untuk mencegah daripada jenayah yang dikesan. | |||
| 14. | Pemprosesan arahan anda | ||
| 14.1. | Anda boleh meminta dan mengarahkan kami untuk bergantung dan bertindak ke atas semua komunikasi sah sebagai arahan yang dikawal oleh anda, walaupun ia mempunya konflik dengan mana-mana lain-lain arahn yang diberi pada bila-bila masa berkenaan keperluan bil atau perkhidmatan. | ||
| 14.2. | Satu arahan hanya akan diterima oleh kami sekiranya anda telah melepasi sesetengah kriteria keselamatan. | ||
| 14.3. | Anda bersetuju bahawa kami boleh bertindak ke atas mana-mana arahan yang diberikan kepada kami walaupun arahan tersebut tidak diberikan oleh anda. | ||
| 14.4. | Kami akan berikhtiar untuk memproses mana-mana arahan yang anda minta kami lakukan tetapi kami tidak akan bertanggungjawab untuk mana-mana kegagalan untuk menuruti permintaan tersebut kecuali ia disebabkan oleh kegagalan CELCOM untuk berusaha melakukannya. | ||
| 14.5. | Anda mestilah memastikan mana-mana arahan yang tepat dan lengkap dan kami tidak bertanggungjawab sekiranya ini bukan kes. | ||
| 14.6. | Satu transaksi yang dibuat biasanya tidak serentak dengan arahan yang diberi. Sesetengah perkara mungkin mengambil masa untuk diproses dan sesetengah arahan hanya boleh diproses semasa waktu bekerja normal walaupun perkhidmatan boleh didapati diluar waktu tersebut. | ||
| 14.7. | Anda akan bertanggungjawab untuk segala kerugian dan pembayaran (termasuk amaun mana-mana transaksi yang dibuat tanpa kuasa anda) sekiranya anda ada melakukan kecuaian kasar seperti mempermudahkan transaksi tidak sah, atau anda melakukan penipuan. Untuk tujuan Klausa ini kecuaian kasar akan dianggap untuk memasukkan kegagalan untuk pemerhatian mana-mana duti keselamatan anda yang dirujuk di dalam Terma dan Syarat ini. | ||
| 15. | Pembaziran penggunaan | ||
| 15.1. | Pembaziran penggunaan Rangkaian CELCOM adalah dilarang. CELCOM mempertimbangkan bahawa mana-mana aplikasi yang memindahkan video secara langsung, audio secara langsung atau membuat permintaan trafik yang sama merentasi Rangkaian CELCOM untuk apa jua alasan, kecuali diberikan oleh CELCOM, terdiri daripada pembaziran penggunaan Rangkaian CELCOM. Penggunaan IP Multicast, selain daripada memberi dan ordinat bersama oleh CELCOM juga dilarang. | ||
| 16. | Pelupusan | ||
| 16.1. | CELCOM boleh memilih untuk menggantung, mengesah atau melupuskan Perkhidmatan dan Laman dengan serta-merta dan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu pada bila-bila masa untuk kerja perbaikan atau penyelengaraan untuk menaik taraf atau mengemaskini Laman dan Perkhidmatan atau untuk apa jua alasan. | ||
| 16.2. | CELCOM boleh memilih untuk melupuskan Perkhidmatan atau akses anda ke Laman dengan serta-merta ke atas pencabulan mana-mana Terma dan Syarat oleh anda, termasuk, tanpa had, tunggakan jumlah pembayaran lewat atau bukan pembayaran atau sekiranya CELCOM menghentikan untuk menwarkan Laman dan Perkhidmatan kepada pelanggannya untuk apa jua alasan. | ||
| 17. | Am | ||
| 17.1. | Penguasaan Undang-Undang dan Kuasa - Terma dan Syarat ini ditadbir oleh dan ditafsir sejajar dengan undang-undang Malaysia dan anda dengan ini menyerahkan kuasa bukan eksklusif mahkamah Malaysia | ||
| 17.2. | Kebolehasingan - Terma dan Syarat ini adalah boleh asing sekiranya mana-mana provisi ditentukan sama ada tidak sah atau bukan boleh paksaan oleh mana-mana mahkamah bidang kuasa yang cekap seperti provisi akan dianggap telah dipadamkan tanpa menjejaskan provisi sedia ada Terma dan Syarat ini. | ||
| 17.3. | Pelepasan - Kegagalan CELCOM untuk melaksanakan mana-mana hak atau provisi Terma dan Syarat ini tidak membentuk satu pelepasan seperti hak atau provisi kecuali dimaklumkan dan dipersetujui oleh CELCOM secara bertulis. | ||
| 17.4. | . Bantahan - Anda sedia maklum dan bersetuju bahawa dengan memasuki ke dalam Terma dan Syarat ini anda tidak bergantung, dan mestilah tidak mempunyai remedi dalam hal ini, mana-mana pernyataan, bantahan, jaminan atau pemahaman (sama ada dibuat dengan cuai dan tidak salah) daripada mana-mana individu (sama ada pihak kepada Terma dan Syarat ini atau tidak) selain daripada yang ditetapkan dengan jelas di dalam Terma dan Syarat ini sebagai jaminan. Tiada apa di dalam Klausa ini akan, walau bagaimanapun, dijalankan untuk menghadkan atau tidak memasukkan mana-mana liabiliti atau penipuan. | ||
| 17.5. | Tugasan - Anda dengan memasuki ke dalam Terma dan Syarat ini menjalankan bahawa anda tidak akan melantik, menjual semula, ganti pajak atau dalam apa jua cara memindahkan hak atau tanggungjawab di bawah Terma dan Syarat ini atau sebahagiannya. Pelanggaran sekatan ini dalam apa jua cara, sama ada berjaya atau tidak, akan mengakibatkan Perkhidmatan ditamatkan oleh CELCOM dengan serta-merta. CELCOM boleh menetapkan Terma dan Syarat ini secara keseluruhannya atau sebahagiannya kepada mana-mana pihak ketiga di atas budi bicaranya. | ||
| 17.6. | Hak-hak Pihak Ketiga - Kecuali di dalam kes mana-mana tugasan yang tidak dibenarkan daripada Perjanjian ini di bawah Klausa 17.5, seorang individu yang bukan pihak kepada Perjanjian ini tidak mempunyai hak di bawah Kontrak (Hak-hak Pihak Ketiga) Akta 1999 atau sebaliknya untuk menguatkuasakan mana-mana Klausa Perjanjian ini. | ||
| 17.7. | Force Majeure - CELCOM tidak akan bertanggungjawab dalam hal mana-mana pencabulan Terma dan Syarat disebabkan oleh mana-mana sebab diluar kawalannya termasuk tetapi tidak terhad kepada, Bencana Alam, cuaca buruk, tindakan omisi Kerajaan atau operator telefon awam atau lain-lain pihak berkuasa yang cekap atau lain-lain pihak yang CELCOM tidak bertanggungjawab. | ||
Di CELCOM, kami menjaga hak anda secara peribadi dengan serius dan menghormati maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami. Polisi Privasi ini menetapkan langkah-langkah yang kami ambil untuk memastikan mana-mana maklumat yang diberikan kepada kami disimpan dengan selamat dan sulit dan digunakan hanya untuk tujuan yang mana ia disediakan.
| 1. | Maklumat Peribadi |
| satu-satunya maklumat peribadi yang akan kami kumpul adalah maklumat peribadi yang diberikan oleh anda apabila anda mendaftar. Anda boleh, pada bila-bila masa semasa provisi perkhidmatan, menyemak maklumat peribadi yang kami pegang tentang anda dengan pergi ke muka surat ‘semak atau pinda profil’ di laman kami dan serahkan permintaan untuk menyemak butiran peribadi anda yang berada di dalam rekod kami. | |
| 2. | Penggunaan Maklumat Peribadi |
| Sebarang maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami hanya akan digunakan untuk tujuan yang anda berikan, dan hanya akan digunakan oleh kami, lain-lain ahli syarikat Kumpulan CELCOM atau pihak ketiga yang menjalankan dan menyampaikan perkhidmatan Makluman SMS bagi pihak kami, atau sebaliknya membantu kami dengan perkhidmatan ini. Maklumat Peribadi anda akan dipindahkan ked an dijaga di pelayan web di Malaysia. Ianya hanya akan digunakan dan dijaga oleh kami, atau bagi pihak kami, sehingga anda memadam butiran anda (seperti yang dinyatakan di seksyen 5 di bawah). Selepas penamatan atau pelupusan perkhidmatan, untuk apa jua alasan, kami akan mengekalkan rekod yang tidak dikenal pasti daripada penggunaan perkhidmatan, supaya kami boleh memastikan berapa banyak penggunaan telah dibuat daripadanya, dan di negara mana. | |
| 3. | Pendedahan |
| Kecuali seperti yang dijelaskan di 2 di atas, kami tidak akan memberikan mana-mana maklumat peribadi anda ke mana-mana pihak ketiga tanpa keizinan anda. Walau bagaimanapun, kami akan dari semasa ke semasa membuat maklumat statistikal yang tidak dikenal pasti disediakan untuk pihak ketiga atau di atas permintaan pihak yang berkuasa. | |
| 4. | Cookies |
| Kami tidak menggunakan cookies untuk mengumpul maklumat pengguna daripada laman dan kami tidak akan mengumpul mana-mana maklumat tentang anda kecuali yang diperlukan untuk pentadbiran sistem pelayan web dan sebaliknya seperti yang diterangkan di atas. | |
| 5. | Pemindahan daripada Database kami |
| Anda boleh pada bila-bila masa memindahkan butiran peribadi anda daripada database kami, atau meminda atau memperbetulkan butiran tersebut. Hanya pergi ke muka surat ‘semak atau pinda profil’ di laman web kami dan serahkan permintaan untuk memadam butiran peribadi anda daripada rekod kami dan tidak meneruskan menggunakan perkhidmatan ini. Sekiranya anda memadam butiran anda keseluruhannya, kami tidak boleh lagi menghantar perkhidmatan Makluman SMS kepada anda, dan perjanjian kita untuk melaksanakan ini akan dilupuskan. | |
| 6. | Di bawah 18 |
| Sekiranya anda berumur di bawah 18 tahun, anda mestilah memastikan anda mendapat keizinan daripada ibubapa atau penjaga sah anda sebelum mendaftar dengan dan menyerahkan butiran anda ke laman kami. Ibubapa dan penjaga sah layak untuk mengeluarkan keizinan untuk penggunaan maklumat butiran peribadi anda, semak salin mana-mana maklumat peribadi yang kami simpan tentang anda, dan memadam atau meminda atau memperbetulkan butiran anda dengan mengikuti prosedur yang digariskan di perenggan 2 dan 5 daripada Polisi Privasi ini. Mereka akan memerlukan log masuk dan/atau nombor sekuriti anda untuk melaksanakannya. | |
| 7. | Perubahan kepada Polisi Privasi kami |
| Sekiranya kami memutuskan untuk mengubah Polisi Privasi kami, kami akan pos perubahnnya di sini. Walau bagaimanapun, sekiranya kami membuat perubahan bahan dengan cara kami menggunakan maklumat peribadi anda kami akan meminta keizinan daripada anda untuk melakukannya kecuali ia diperlukan di bawah undang-undang yang relevan untuk kami memberikan maklumat tersebut. |

