
Polisi Perlindungan Maklumat Pengguna Celcom (Malaysia) Berhad (PCIP)
Celcom (Malaysia) Berhad ("Celcom") komited untuk menyediakan pelanggan dengan khidmat pelanggan yang berkualiti tinggi. Ini termasuklah melindungi privasi pelanggan. Celcom terikat dengan Kod Amalan Pelanggan Am untuk Industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang menetapkan beberapa prinsip berkenaan perlindungan pelanggan.
PCIP ini merupakan polisi privasi yang dinyatakan di dalam Perjanjian di antara pelanggan dan Celcom.
| 1. | Penggunaan dan pengekalan maklumat pelanggan. | ||
| 1.1. | Sehubungan dengan Perjanjian di antara pelanggan dan Celcom, pelanggan dengan ini memberikan keizinan bahawa Celcom boleh menggunakan dan/atau mendedahkan maklumat peribadi pelanggan untuk tujuan perundangan, termasuk tetapi tidak terhad kepada: | ||
| a. | Kepada pemegang saham Celcom, perbadanan berkaitan dan syarikat gabungan untuk tujuan menyediakan apa jua barangan atau perkhidmatan kepada pelanggan; | ||
| b. | Kepada agen-agen Celcom, kontraktor, rakan niaga atau bersekutu untuk tujuan program pemasaran atau menyediakan apa jua barangan atau perkhidmatan kepada pelanggan; | ||
| c. | Kepada agen-agen Celcom atau kontraktor untuk tujuan mendapatkan mana-mana amaun kepada Celcom; | ||
| d. | Kepada saluran pembayaran termasuk dan tanpa had, institusi kewangan untuk tujuan menjaga rekod kewangan, menaksir atau mengesahkan kredit dan mempermudahkan mana-mana bayaran kepada Celcom sehubungan dengan Perjanjian; | ||
| e. | Kepada badan penguatkuasa atau lain-lain pihak berkuasa kerajaan yang menuruti dengan keperluan di bawah perundangan atau terhadap pengesanan atau pencegahan jenayah dan/atau penipuan; | ||
| f. | Kepada mana-mana pihak yang terlibat atau berkaitan dengan prosiding perundangan, untuk tujuan prosiding; | ||
| g. | Kepada lain-lain pembekal perkhidmatan atau kepada pihak yang dipilih oleh Celcom sama ada semata-mata atau bersama dengan lain-lain pembekal perkhidmatan, untuk tujuan menubuhkan dan menjaga database pelanggan; dan/atau; | ||
| h. | Kepada penasihat profesional untuk keperluan mengetahui. | ||
| 1.2. | Sehubungan dengan Perjanjian dan kecuali yang diminta atau diperlukan di bawah mana-mana enakmen, undang-undang, statut atau kod, Celcom tidak akan menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi pelanggan tanpa keizinan bertulis terlebih dahulu. | ||
| 2. | Ketepatan Maklumat | ||
| 2.1. | Celcom berusaha untuk menjaga maklumat yang lengkap, terkini dan tepat tentang pelanggan mereka. Mana-mana maklumat yang tidak lengkap yang dibawa kepada perhatian Celcom akan diperbetulkan secepat yang mungkin selepas pemberitahuan. Prosedur akan dikekalkan untuk memastikan sebarang ketidaktepatan yang dilaporkan akan diuruskan dengan pantas dan efektif dan maklumat pelanggan kekal sebagai tepat, terkini dan selengkapnya. | ||
| 2.2. | Kegagalan untuk menyediakan maklumat yang lengkap dan betul kepada Celcom seperti yang diminta di dalam Perjanjian termasuk Borang Pendaftaran atau mana-mana Adendum, akan menyebabkan permohonan pelanggan untuk perkhidmatan ditolak, perkhidmatan atau Perjanjian akan dilupuskan dan/atau maklum balas daripada Celcom termasuk tanpa had, penyata bil gagal disampaikan kepada pelanggan. | ||
| 3. | Perlindungan Maklumat melalui Prosedur Keselamatan Mantap | ||
| 3.1. | Celcom komited untuk menjaga keselamatan dan prosedur standard berkenaan dengan akses tidak sah ke maklumat pelanggan dan akan mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan maklumat pelanggan dilindungi, sama ada disimpan secara elektronik atau di atas kertas. | ||
| 3.2. | Di dalam semua kes, maklumat ditahan di kemudahan keselamatan, dilindungi daripada akses tidak sah dan disimpan hanya asalkan ianya diperlukan. Celcom juga mengemaskini dan menguji teknologi untuk memperbaik perlindungan maklumat pelanggan dan melindungi integriti maklumat. | ||
| 4. | Perubahan | ||
| PCIP tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa, jadi sila layari www.celcom.com.my dengan kerap untuk menyemak versi yang terkini. | |||
| 5. | Nombor Dihubungi | ||
| Sila hubungi Celcom Careline di 1300 111 000 atau 1111 (hanya boleh diakses dari 013, 019 atau 0148) sekiranya pelanggan perlu berbicara dengan wakil Celcom mengenai PCIP ini. | |||

