| Q1. |
Apakah Sistem Menu Interaktif?
|
| Q2. |
Apakah Fungsi Dail Basic? |
| Q3. |
Apakah manfaat menggunakan perkhidmatan ini? |
| Q4. |
Apakah ciri-ciri yang tersedia untuk perkhidmatan ini? |
| Q5. |
Terdapatkah baki kredit minimum diperlukan untuk membuat dan menerima panggilan? |
| Q6. |
Adakah saya perlu mengekalkan baki kredit minimum sebanyak RM15 pada sepanjang masa? |
| Q7. |
Apakah yang akan terjadi sekiranya baki kredit saya berada di bawah RM15 ketika panggilan sedang berlangsung? |
| Q8. |
Bolehkah saya menggunakan perkhidmatan ini di mana-mana sahaja di dunia? |
| Q9. |
Apakah kos untuk satu panggilan semasa perantauan? |
| Q10. |
Bilakah panggilan perantauan antarabangsa akan mula dicaj? |
| Q11. |
Adakah saya akan dicaj sekiranya pihak penerima tidak menjawab panggilan? |
| Q12. |
Adakah saya akan dicaj sekiranya saya tidak menjawab apabila sistem membuat panggilan balik? |
| Q13. |
Berapakah kadar panggilan perantauan? |
| Q14. |
Berapakah caj blok untuk panggilan perantauan? |
| Q15. |
Terdapatkah kadar perantauan yang tidak sibuk? |
| Q16. |
Adakah saya boleh menghantar SMS semasa perantauan? |
| Q17. |
Adakah saya boleh melihat nombor telefon pemanggil yang sedang memanggil cth. CLIP? |
| Q18. |
Dimanakah saya boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan ini? |
| |
|
| Q1. |
Apakah Sistem Menu Interaktif? |
| A1 |
Ia adalah fungsi pacuan-menu di mana pelanggan hanya perlu menghantar kod *111# untuk akses ke menu berikut semasa membuat perantauan:
| Membuat Panggilan |
| |
1. Panggilan Baru
2. Talian Bantuan Prabayar
3. Mel Suara |
Pertanyaan Baki
Caj Semua Prabayar
Nombor Terakhir Didail
Panggilan Tidak Berjawab |
| |
|
| Q2. |
Apakah Fungsi Dail Basic? |
| A2. |
Ia adalah kaedah fungsi dail tradisional. Menu yang berikut tersedia untuk anda:
Untuk Membuat Panggilan
Pertanyaan Baki
Caj Semula Prabayar
Mendengar Mel Suara
Buat Panggilan Talian Bantuan Prabayar
Buat Panggilan Nombor Terakhir Anda Dail
Semak Panggilan Tidak Berjawab Anda
Menghantar Praset Perantauan SMS |
| |
|
| Q3. |
Apakah manfaat menggunakan perkhidmatan ini? |
| A3. |
Mudah digunakan dengan satu kod akses - *111#
Kemudahan dengan satu nombor, satu kad – tidak perlu membeli Kad SIM yang berasingan
Kemudahan akses dari kebanyakan destinasi perantauan Celcom
Tiada caj pendaftaran atau langganan |
| |
|
| Q4. |
Apakah ciri-ciri yang tersedia untuk perkhidmatan ini? |
| A4. |
Dengan Perantauan Antarabangsa untuk Prabayar, pelanggan boleh menikmati ciri-ciri berikut:
Membuat dan Menerima Panggilan
Menghantar dan Menerima SMS
Pertanyaan Baki
Caj Semula Prabayar
Mendengar Mel Suara
Buat Panggilan Nombor Terakhir Didail
Semak Panggilan Tidak Berjawab |
| |
|
| Q5. |
Terdapatkah baki kredit minimum yang diperlukan untuk membuat atau menerima panggilan? |
| A5. |
Ya, anda perlu mempunyai baki kredit minimum sebanyak RM15 sebelum anda membuat atau menerima panggilan. Akaun anda juga mestilah aktif dalam tempoh sah. |
| |
|
| Q6. |
Adakah saya perlu mengekalkan baki kredit minimum sebanyak RM15 pada sepanjang masa? |
| A6. |
Ya, anda perlu mengekalkan baki kredit minimum sebanyak RM15 untuk memastikan panggilan anda tidak terganggu. |
| |
|
| Q7. |
Apakah yang akan terjadi sekiranya baki kredit saya berada di bawah RM15 semasa panggilan sedang berlangsung? |
| A7. |
Anda boleh meneruskan panggilan sehingga baki mencecah kosong. Pada masa ini, panggilan akan ditamatkan. Nota: tanda amaran akan berkelip 3 kali, 3 minit sebelum masa berbual mencecah kosong. |
| |
|
| Q8. |
Bolehkah saya menggunakan perkhidmatan ini di mana-mana di dunia? |
| A8. |
Pada masa sekarang, anda boleh menggunakan perkhidmatan ini di negara terpilih. Sila rujuk senarai negara yang menyediakan perkhidmatan perantauan antarabangsa. |
| |
|
| Q9. |
Berapakah kos panggilan semasa perantauan? |
| A9. |
Kos untuk membuat dan menerima panggilan bergantung kepada dua lokasi seperti lokasi anda dan lokasi penerima. Untuk menerima panggilan, anda akan dicaj berdasarkan lokasi anda. |
| |
|
| Q10. |
Bilakah caj perantauan bermula? |
| A10. |
Ia hanya akan bermula apabila penerima menjawab panggilan tersebut. Nota: Jika panggilan dialihkan ke Mel Suara, anda akan dicaj untuk masa yang diambil ketika meninggalkan pesanan. |
| |
|
| Q11. |
Adakah saya akan dicaj jika penerima tidak menjawab panggilan? |
| A11. |
Tidak, anda tidak akan dicaj. |
| |
|
| Q12. |
Adakah saya akan dicaj sekiranya saya tidak menjawab apabila sistem membuat panggilan semula? |
| A12. |
Tidak, panggilan ke penerima hanya akan ditetapkan apabila anda telah menjawab panggilan semula. |
| |
|
| Q13. |
Berapakah kadar panggilan perantauan? |
| A13. |
Sila rujuk jadual kadar untuk butiran lanjut. |
| |
|
| Q14. |
Berapakah caj blok untuk panggilan perantauan? |
| A14 |
Kadar panggilan perantauan adalah berdasarkan setiap minit dan dicaj 30 saat blok. Tertakluk kepada panggilan yang sama apabila membuat dan menerima panggilan semasa perantauan. |
| |
|
| Q15. |
Terdapatkah waktu yang tidak sibuk untuk perantauan? |
| A15. |
Tidak, kadar perantauan adalah kadar standard sepanjang masa, sepanjang hari. |
| |
|
| Q16. |
Adakah saya boleh menghantar SMS semasa perantauan? |
| A16. |
Ya, anda boleh menghantar SMS standard semasa perantauan. |
| |
|
| Q17. |
Adakah saya boleh melihat nombor telefon pemanggil yang sedang memanggil cth. CLIP? |
| A17. |
Tidak, perkhidmatan ini tidak boleh didapati semasa perantauan. Walau bagaimanapun, anda boleh menyemak panggilan yang tidak berjawab anda semasa perantauan. |
| |
|
| Q18. |
Dimanakah saya boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan ini? |
| A18. |
Anda boleh hubungi Celcom Careline kami secara terus di 1111 dari telefon mudah alih anda atau hubungi 1300 111 000 untuk menyemak status pendaftaran. |