| 1. |
Terma dan syarat Adendum ini tertakluk kepada semua pelanggan yang beralih ke rangkaian Celcom daripada penyedia perkhidmatan sedia ada ("Donor Operator"). Adendum ini akan dibaca bersama dengan terma & syarat Borang Pendaftaran Pelanggan Celcom; |
| 2. |
Celcom berhak untuk menukar, meminda dan mengubah mana-mana bahagian Adendum ini termasuk terma dan syarat tanpa pemberitahuan awal kepada anda dan anda dengan ini bersetuju untuk terikat dengan pertukaran, pemindaan dan perubahan; |
| 3. |
Nombor mudah alih yang ingin anda pohon untuk peralihan mestilah berada di dalam kawasan nombor mudah alih yang diluluskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKKM) walau bagaimanapun tertakluk kepada keperluan pernomboran geografi sedia ada; |
| 4. |
Celcom akan memproses permohonan anda untuk peralihan nombor mudah alih di antara satu (1) hingga lima (5) hari, walau bagaimanapun tertakluk, kepada adanya kuota dan pengesahan oleh Donor Operator. Sekiranya terdapat mana-mana kelewatan oleh kelulusan Donor Operator atau Celcom untuk apa jua alasan, tempoh pemprosesan mungkin akan melebihi masa yang ditetapkan di sini; |
| 5. |
Anda mungkin akan mengalami gangguan perkhidmatan apabila nombor mudah alih sedia ada anda beralih daripada Donor Operator ke rangkaian Celcom. Sekiranya anda mengalami apa jua ganguan perkhidmatan, anda dinasihatkan untuk menghubungi Customer Careline kami di 1-300-111-000 atau 1111; |
| 6. |
Peralihan daripada nombor mudah alih prabayar dan pascabayar ke pakej-pakej prabayar dan pascabayar Celcom akan dibenarkan tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada Celcom; |
| 7. |
Mana-mana kredit yang masih ada di dalam nombor mudah alih prabayar anda akan ditarik balik oleh Donor Operator semasa pengaktifan perkhidmatan berjaya dilakukan oleh Celcom; |
| 8. |
Semua perkhidmatan termasuk perkhidmatan tambahan nilai (VAS) yang berkaitan dengan SIM/USIM dan nombor mudah alih anda yang disediakan oleh Donor Operator akan dilupuskan semasa pengaktifan perkhidmatan anda berjaya oleh Celcom; |
| 9. |
Anda harus bertanggungjawab untuk mengenal pasti talian tambahan atau nombor mudah alih termasuk tetapi tidak terhad kepada nombor faks dan data yang ingin anda alih bersama dengan talian principal; |
| 10. |
Anda dengan ini bersetuju dan berjanji kepada Celcom bahawa anda adalah pengguna berdaftar nombor mudah alih dan/atau kebenaran principal untuk semua talian tambahan (jika ada); |
| 11. |
Anda boleh membuat permintaan untuk beralih ke Rangkaian Celcom untuk dan bagi pihak ketiga dengan menyerahkan dokumen-dokumen berikut:
| i. |
Surat keizinan yang ditandatangani oleh pengguna berdaftar nombor mudah alih bagi pihak ketiga; |
| ii. |
Satu salinan pandaftaran kebangsaan kad pengenalan / KP tentera / no. pasport pihak ketiga; dan |
| iii. |
Satu salinan pendaftaran kebangsaan kad pengenalan / KP tentera / no. pasport anda |
|
| 12. |
Celcom tidak akan bertanggungjawab dan/atau dipertanggungjawabkan untuk segala kerugian, kerosakan dan/atau penggelapan yang berbangkit daripada pelupusan perkhidmatan anda dengan Donor Operator dan anda perlu melindungi Celcom daripada mana-mana liabiliti berbangkit yang senilai dengannya; |
| 13. |
Anda harus bertanggungjawab sepenuhnya untuk segala caj yang ditanggung oleh Donor Operator, termasuk tetapi tidak terhad untuk mana-mana pembayaran tertunggak dan caj-caj penalti dibayar dan dikenakan kepada anda oleh Donor Operator. Sekiranya tiada pembayaran caj-caj tertunggak yang belum anda bayar kepada Donor Operator, perkhidmatan anda akan mengalami gangguan daripada kami; |
| 14. |
Permintaan nombor mudah alih anda untuk peralihan akan tertakluk kepada pengesahan daripada Donor Operator dan anda akan dipertanggungjawabkan untuk pelan/talin baru yang dilanggan dengan Celcom; |
| 15. |
Anda diperlukan untuk menandatangani perjanjian adendum/tambahan yang berasingan untuk pakej dan pelan seperti yang diminta oleh Celcom semasa penyerahan permohonan untuk peralihan ke Celcom; |
| 16. |
Celcom mungkin akan mengenakan yuran maksimum sebanyak Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima (RM 25) untuk setiap nombor yang dipohon untuk peralihan semasa pendaftaran atau seperti yang ditetapkan di dalam perjanjian adendum dan/atau tambahan untuk pakej dan pelan yang anda langgani dengan Celcom dan tiada pulangan wang akan dibuat untuk mana-mana penolakan, pembatalan, kegagalan atau pengeluaran permintaan peralihan disebabkan oleh apa jua alasan; |
| 17. |
Sekiranya nombor mudah alih yang anda minta untuk peralihan, ditolak oleh Donor Operator untuk apa jua alas an, selepas menyelesaikan isu tersebut dengan Donor Operator, anda boleh membuat permintaan penyerahan semula permintaan untuk peralihan dengan syarat ia mestilah di dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh permohonan anda ke Celcom dan mana-mana caj-caj pemprosesan tertakluk kepada budi bicara mutlak Celcom. |
| 18. |
Tanpa had ke atas apa yang sedang berlangsung, Celcom mempunyai budi bicara mutlak untuk membatalkan permintaan peralihan yang tertunggak sekiranya permintaan peralihan anda telah tertunggak lebih dari 21 (dua puluh satu) hari perniagaan dari hari permintaan peralihan. |