| Q1. |
Apakah MNP? |
| A1. |
Kemudahalihan Nombor (MNP) adalah keupayaan pengguna untuk beralih ke penyedia perkhidmatan mudah alih yang baru, dan pada masa yang sama mengekalkan nombor sedia ada mereka. |
|
|
| Q2. |
Bagaimanakah Saya Boleh Beralih? |
| A2. |
Langkah 1: |
Anda harus berkunjung ke Pusat Perkhidmatan penyedia perkhidmatan mudah alih atau Pengedar Sah untuk permintaan peralihan nombor. |
| Langkah 2: |
Lengkapkan Borang Pendaftaran Perkhidmatan dan tandatangan Terma dan Syarat dan sediakan dokumen sokongan yang relevan. Anda akan diberikan dengan satu kad SIM baru. |
| Langkah 3: |
Semasa pengesahan, penyedia perkhidmatan mudah alih yang baru akan memaklumkan kepada anda bahawa peralihan anda telah berjaya apabila kad SIM baru diaktifkan. |
|
|
| Q3. |
Mengapa saya perlu Beralih? |
| A3. |
Anda mempunyai kebebasan memilih untuk pilih penyedia perkhidmatan baru yang mampu memberikan anda lebih manfaat. |
|
|
| Q4. |
Berapa lamakah tempoh peralihan? |
| A4. |
Untuk pengguna, ianya akan mengambil masa 1-5 hari & untuk Bukan Pengguna, di antara 1-15 hari. |
|
|
| Q5. |
Siapa yang boleh Beralih? |
| A5. |
Pengguna prabayar dan pascabayar boleh beralih. Pemegang akaun Business/Corporate juga boleh beralih, tertakluk kepada garis panduan di bawah. |
|
|
| Q6. |
Apa yang perlu anda ketahui sekiranya Pengedar mendekati anda sebelum anda beralih? |
| A6. |
i. |
Anda perlu faham/berwaspada bahawa caj panggilan dan pakej-pakej yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan mudah alih yang baru mungkin berbeza daripada penyedia perkhidmatan mudah alih anda yang terkini. Buatlah pilihan bijak |
| |
ii. |
Anda mestilah memastikan anda beralih di dalam transaksi menurut permintaan anda seperti beralih dari prabayar ke pascabayar |
|
|
| Q7. |
Apakah kriteria peralihan yang berjaya? |
| A7. |
i |
Tiada amaun terlewat |
| ii. |
Tiada tanggungjawab kontrak yang tertunggak |
| iii. |
Nombor tambahan perlu dialihkan bersama |
| iv. |
Langganan perkhidmatan dengan nombor tambahan yang dikeluarkan ke akaun seperti data, faks dan lain-lain perkhidmatan tambahan nilai mestilah dipindahkan |
| v. |
Had Kredit tidak melebihi |
| vi. |
Akaun adalah aktif |
|
|
| Q8. |
Berapakah Yuran peralihan? |
| A8. |
Yuran peralihan adalah PERCUMA sehingga pemberitahuan lanjut. |
| Q1. |
Adakah saya akan menerima pemberitahuan SMS berkenaan status permintaan peralihan saya? |
| A1. |
Ya, anda akan menerima pemberitahuan SMS seperti di bawah: |
| |
| Pengguna |
| i. |
Pengesahan Berjaya/Gagal
"Pelanggan yang dihormati, permintaan peralihan anda ke Celcom telah diterima & pengaktifan sedang dijalankan. Satu pemberitahuan SMS untuk tukar kad SIM akan dihantar kepada anda dalam tempoh 24 jam. Terima Kasih" |
| ii. |
Semasa Pengesahan Gagal
"Pelanggan yang dihormati, permintaan peralihan anda ke Celcom telah ditolak oleh penyedia perkhidmatan anda yang terdahulu. Sila hubungi Celcom untuk butiran lanjut @ 1300-111-000. Terima Kasih" |
| iii. |
Semasa Peruntukan Berjaya
"Tahniah! Perkhidmatan Celcom anda sudah diaktifkan. Sila masukkan kad SIM Celcom anda sekarang untuk mula menikmati Rangkaian Terpantas, Liputas Terluas & Kadar Terhebat" |
| |
| Bukan Pengguna |
| i. |
Pengesahan Berjaya/Gagal
"Terima kasih untuk permintaan peralihan Celcom anda. ID Peralihan: Pxxxxxx telah diterima dan satu pemberitahuan SMS untuk tukar kad SIM akan dihantar kepada anda dalam tempoh 11 hari" |
| ii. |
Semasa Pengesahan Gagal
"Permintaan ID Peralihan Celcom anda: Pxxxxxx telah ditolak oleh penyedia perkhidmatan anda yang terdahulu. Sila hubungi Pengurus Akaun yang bertugas untuk butiran lanjut. Terima Kasih" |
| iii. |
Semasa Peruntukan Berjaya
"Tahniah! Perkhidmatan Celcom anda sudah diaktifkan. Sila masukkan kad SIM Celcom anda sekarang untuk mula menikmati Rangkaian Terpantas, Liputas Terluas & Kadar Terhebat" |
|
|
| Q2. |
Adakah saya akan menghadapi gangguan perkhidmatan semasa proses peralihan? |
| A2. |
Tiada gangguan perkhidmatan daripada penyedia perkhidmatan anda yang terdahulu. |
|
|
| Q3. |
Bolehkah saya menikmati perkhidmatan sama yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan saya yang terdahulu? |
| A3. |
Tidak, anda tidak boleh menikmati perkhidmatan sama yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan anda yang terdahulu. |
|
|
| Q4. |
Jika saya seorang pengguna prabayar, apakah yang akan berlaku kepada baki dan pengesahan masa berbual saya? |
| A4. |
Kesemua baki dan pengesahan masa berbual akan ditarik balik. |
|
|
| Q5. |
Bolehkah saya membuat permintaan perkhidmatan baru daripada Operator Baru saya? |
| A5. |
Ya, anda boleh membuat permintaan daripada penyedia pekhidmatan anda yang baru. |
| Q1. |
Kad tambah nilai yang manakah perlu saya dapatkan selepas peralihan saya ke Celcom berjaya? |
| A1. |
Anda perlu mendapatkan Kad Tambah Nilai Celcom. |
|
|
| Q2. |
Siapakah yang perlu saya hubungi untuk apa jua pertanyaan mengenai Kemudahalihan Nombor (MNP)? |
| A2. |
Anda boleh hubungi Celcom Careline di 1300-111-000 |
|
|
| Q3. |
Perlukah saya selesaikan bil tertunggak saya dengan penyedia perkhidmatan saya yang terdahulu? |
| A3. |
Ya, anda perlu selesaikan semua bil tertunggak anda dengan penyedia perkhidmatan anda yang terdahulu. |
|
|
| Q4. |
Adakah saya akan menerima bil terakhir daripada penyedia perkhidmatan saya yang terdahulu selepas peralihan? |
| A4. |
Ya, anda akan menerima bil terakhir daripada penyedia perkhidmatan anda yang terdahulu selepas peralihan dan anda perlu membayar bil tersebut untuk mengelakkan mana-mana gangguan perkhidmatan. |